majlis syaheed dah selesai
meh aku cerita sepanjang 3 hari majlis tu
* * *
15 sept 2016 KHAMIS - malam berinai
aku kerja khamis tu
petangnya anis sampai dari KL
kami bersiap kat kedai saja lah , tutup kedai pon dah pukul 7
janji dengan syaheed pukul 8
temanya baju kedah berkain batik
aku siap tempah lagi baju aku . haha . excited
kd dah sampai sana
semua ikut tema , memang sporting lah sedara mara dia
so , aku kena inaikan dia
ingatkan dah setel pengantin , selesai tugas aku
tapi kena inaikan sedara mara dia semua
dah la lukis inai pulak tu . haha
haha . dah la ketaq tangan . takut tak menjadi
selesai semua nak dekat pukul 12 jugak , baru balik
dah lama tak pakai tudung bawal
memang buruk lah kan , haha
* * *
16 sept 2016 JUMAAT - majlis nikah
nikahnya pagi
aku ambik cuti jumaat dengan sabtu
senang sikit nak atur masa
sementara tu , sebelum syaheed sampai
nah ! aku berangan kat area masjid sat
hahah
dengan sekali lafaz , syaheed dah sah bergelar isteri
tahniah ! bestnya woi !
lepas selesai kat masjid , semua beransur ansur lepak kat rumah dia
ada majlis makan sikit
yummeh !
* * *
17 sept 2016 SABTU - majlis sanding
nah sebelum keluar rumah . haha . perlu la ambil gambar dulu
aku dah tau awal haritu nak kena makan satu khemah dengan YDP Agong
aku sampai awal , aku duduk khemah biasa dulu
siap makan nasi seround lagi . kahkah
bila umum ketibaan YDP Agong , baru aku pindah khemah
dah la kenyang dah , kena makan lagi sekali
haha
Dato Mukhriz dengan isteri beliau pon ada
muka bersih sungguh , tak kenyang aku nengoknya . haha
malas la nak tulis panjang panjang
nah tengok gambar sudah
ni bapaknya syaheed
tahniah syaheed !
semoga jadi isteri yang solehah
jaga suami baik baik , duduk sana elok elok
sedih , takdak geng nak meronda dah kat alor setar ni
:')
0 komen:
Post a Comment