hai awaaa
masih dalam mood holiday
bangun pagi pon malas
sabtu haritu demam2 pon lajak ke KL
orang sana dah bising , haritu aku turun tak jumpa dia
haha . yalah berjanji dengan dia tak tertunai2 lagi
mana tak bising
see , demam pon aku turun . kalau kata aku tak penting kawan
taktau lah camna lagi . haha
tidur semalam ja , subuhnya gerak balik alor setar
sebab pagi isnin aku nak ke penang
yang ni baru betul2 plan . yang KL tu unplanned
so sampai alor setar pagi
gerak dari alor setar dalam pukul 11pagi camtu
hotel dah booked , tapi lambat pulak nak boleh check in . 4pm
meronda lah dulu
asalnya nak meronda , tah termacam mana boleh tershopping
adudududuuuu
gambar2 ni tak sempat aku nak edit2
redha lah kalau senget2 cameranya ya
lepas tu singgah chew jetty
sebenarnya aku pon taktau wujudnya jetty ni
selalu aku nampak orang ambik gambar
kebetulan ada kawan ig aku up gambar , tanyalah dia
rupanya sebelah ferry ja pon . kat georgetown
signboard dia kecik , tak nampak
dia ada masa melawat , 9am - 9pm
so sapa2 nak pi sana parking memang kena pandai cari
bayar parking saja RM5 . dalam tu adalah jual2 souvenir
pastu ada pelantar . nak lepak duduk2 pon boleh
nampak view ferry ambik orang bagai
dah setel kat situ
masa untuk check in , hotel aku kat bayan lepas
jauh la sikit daripada georgetown dalam 30 minit
grand lexis penang
semalam standard harga dalam RM503 , haritu aku dapat RM453
kena pandai cari tau
konon2 nak ada pool dalam bilik , sebab tu ambik hotel ni
kalau tak , dah lama ambik area batu feringgi ja
haha . felling2 orang kaya sat walaupun sebenarnya non hadoooo
2 katil king size . ambik lah sorang satu katil
golek puas2 haaa
staff dia peramah mesra2 gitu
masa tengah berdiri depan kaunter pon dia served air untuk hang tau
aku dapat tingkat 15
nampaklah view pantai sikit , view kampung2 sikit
best weh
petang tu keluar pi art of dragon gallery
nak senang orang panggil street art
yang ada art lukis2 kat dinding tu
lewat dah aku sampai pon . dengan jem lagi kan
situ pon parking susah . nasiblah kura2 aku kecil ja , selit2 , doneeee
gerai fruitemade yang aku teringin tu dah tutup
i is sedih
okay fine , jalan jalan lagi
jumpa coconut ice cream
nampak ja pucat lesi camni . tapi sedap weh . serius !
satu tempurung RM8
masa nak bayar , dia bagi murah
agaknya dok tengok aku selfie sat sana , sat sini dalam kedai dia
sebab tu dia bagi murah
hahahahaha
malam tu singgah avatar secret garden
alaa yang ada lampu2 atas pokok
area tanjung tokong
kena masuk jalan sempit2 sikit nak masuk tempat dia
ramai orang weh . ada orang jaga parking
dia nampak hang ja , laju2 dia panggil
bayarlah engkau RM5 , tiket masuk RM1 seorang
orang jaga tu pon peramah . suruh jaga beg baik2 apa semua
dalam tu cantik memang cantik , bagi aku tak menarik sangat
sekadar tengok lampu2 ja
pastu habis . tapi takpa . janji sampai
lepas avatar , cari makan dekat night market batu feringgi
nampak jagung bakar . my fav ! sedappppp
budak2 bakar ni pon peramah
dia tanya aku dari mana . indon ka . hahaha kuajaq !
memang semua peramah la weh
siap bagi kerusi suruh duduk takut lenguh bagai
haha . terbaik lah orang penang
pukul 11 lebih , dua2 dah longlai tak larat dah
balik hotel , salin baju , cuci makeup
makan2 depan pool
bertemankan bintang2 . langit tak berawan . angin laut . pehhhh heaven
pukul 1 pagi baru merasa mandi pool
awal2 sampai tak sempat . esok pagi pulak nak balik dah
takut liat nak bangun pagi . sebab tu tengah malam buta pon rela mandi
sejuk , gigih weh . hahaha
paginya bangun . si mija ni dah sah2 mengeliat sana sini
panggil 3 4 kali baru nak bangun mandi
i takpa . i kan morning person
HAHA . pui
dah siap . perut lapo . jom !
yang aku kalut pagi2 ni sebab aku kerja
sebab tu nak cepat2 siap
pergilah kami dua turun breakfast
dalam pukul 8 lebih
ya tuhan . makanan sedap2
fish & chips . salad . brownies . sandwich . nasi goreng . buah
semualah aku makan
sampai tak sedar pukul 10 lebih dah
berapa jam syoq makan makan
maka ponteng kerja aku haritu . redha dalam seronok . haha
yang best situ , staff dia baik sangat
tak rasa kekok lah . siap sembang gelak2 lagi dengan kami
dah kenyang , pukul 11 lebih check out
takmau balik . wuuuuuu
okay la okay la
teruskan perjalanan ke bukit bendera
mija dah pernah naik
aku ni banyak kali dah ulang ke penang . kali ni baru merasa nak naik
sedih hidup aku ni . haha
sorang RM10 pakai mycard tau untuk normal lane
aku tulis detail2 ni nanti bolehlah refer balik
target aku nak naik atas tu bukan nak tengok view sangat
nak cari lily ice cream . haha
sedap weh tengok orang dok post
ni aku post bagi hampa pulak terliur . padan muka . huhu
dia punya foodcourt dekat owl museum
turun tangga sikit dah nampak
rupanya bukan lily ja ada ice cream . semua gerai ada
sedap . ada harga RM10 . ada RM12 . banyak harga
semestinya aku pilih strawberry chocolate !
sedap . boleh repeat lagi
engkau baru lalu depan gerai dia ,
dia dah sambut dengan senyum melebar dah
tak payah susah2 nak cari2 dia tanya pasal ice cream tu
apa lagi , pi lah wehhhhh
turun ja bukit bendera . kami dah nak balik alor setar
ronda2 mall sat
masa lepak mcD . aku dah kenyang
mija sorang ja makan ice cream
pastu ada staff mcD tu mai . aku ingat dia nak halau
yalah . bukan makan apa pon . lepak punya lama . hahah
tapi rupanya dia nak buat survey pakai fon aku
hahahahah . tu lahh . bersangka buruk kat orang
dah buat survey , dapatlah ais free lagi
tak padan baru baik demam . dari awal sampai ke balik
makan ais ja banyak !
selesai weh percutian singkat aku ni
sumpah best . dari KL ke penang . semua berjalan lancar
jumpa orang baik2 . tak sorang pon sombong
serius happy sangat !
ramai yang cakap aku ni berjalan sakan
weh . ada RM100 dalam tangan pon boleh berjalan lah
minyak kura2 aku tu pi balik alor setar , siap ronda penang RM80
tol RM30 . tu yang basic saja . pi ramai2 kalau nak jimat
boleh tong2 . takdak alasan lagi
lepas ni mana pulak
on tak on !
;D