hatyai trip ! wehooooooo
tak dapat nak pi floating market
sebab dia buka weekend sajaa . aku pi khamis !
waaaa
nanti repeat na
* * *
17 oct 2018
subuh2 geng kl dah sampai
sarung tudung , terus ambik depa
pagi tu bawak breakfast kat roti celaru
macam disangka , servis depa memang lambat sikit
sebab tempat tu memang famous kan
faris jual mahal , nak satu ja
pastu sampai sekarang dok teringat roti celaru tu
hari last siap ajak repeat lagi
hahah . baru hang tau
ronda alor setar dulu
bawak budak budak ni shoot kat masjid bukhari, gambar che det
pusing2 alor setar
kebetulan time tu ada pertabalan sultan kedah
tak dapat lepak dataran . lepas tu pi padang besar
nak cari jersi katanya . lepak sana sat
dalam pukul 4 balik alor setar balik . bagi depa check in dulu
rehat2 sat . petang tu aku ambik
bawak pi pantai murni , yan
tengok sunset . tepat2 sampai pukul 7
lawaaaaaaa
malamnya makan kuey tiaw iman
bawak bundle kepala batas , uptown , karaoke selagu
haha . aku dah habis idea nak bawak pi mana
balik tidoq !
* * *
18 oct 2018
ni baru betul2 punya plan
pagi tu breakfast dulu , lepas tu gerak ke bukit kayu hitam
tukar duit kat sana jugak
depa ni lagi semangat , siap tukar kat KL lagi
aku tukar RM150 , ngam2 . memang takdak lebih
pandai aku bajet
nak masuk dalam tu , kami ambik van
sejam jugak perjalanan
dah sampai sana , ronda2 market apa tah nama dia
aku lupaaaaa
banyak la orang jual barang
kami ni takdak plan nak shopping sangat pon
kebanyakkan lebih ke makan
perut pon dah bunyi2 , kami makan kat khai tod deca
jalan kaki ja dari lee garden , dalam 5 minit berjalan
nasi kuning tu dah macam bergoreng
makan dengan ayam goreng dia yang bapaknya besar
aku tak terhabis
pastu nak tambah sup ka , tom yam ka
ikut suka lah kan
jangan risau pasal komunikasi , depa boleh cakap melayu
dah kenyang , kami ambik grab nak ke cable car
dalam 15 minit perjalanan
dia hantar ke atas bukit terus
pastu nampak lah patung buddha besar tu
view dari atas bukit tu memang lawa gila weh
boleh nampak seluruh bandar dia
dia punya cable car taklah panjang sangat macam langkawi
pendek ja . dia akan stop dalam 5minit tengah2 tu untuk nak bergambar
masa aku pi tu nak hujan
sampai tengah tu , memang dah start hujan
goyang jugak lah iman ni , gayat ! hahah
sampai atas sana . ada tokong2 sembahyang depa ja
lepas tu terus hujan selebat2 nya
dah tak boleh naik cable car
orang dia datang ambik dengan kereta macam kat zoo tu
tak reti aku nak bagitau
dia turunkan kami sampai ke bawah
dah setel situ
ambik grab lagi , nak makan steamboat pulak
aku tak sure nama dia apa , sebab dia tulis siam
satu kepala dalam RM30++
makanlah engkau puas2 , segala mak nenek seafood ada
banyak jugak lah aku makan
lepak situ dekat 3 jam! hahahaha
masa tu dah pukul 9 lebih
ambik grab , dia hantar ke lee garden
lepas tu ambik van , hantar ke sempadan balik
masa ni van tu dah katok kepala engkau . segala tip dia nak
sebab dah malam kan , tak banyak pilihan
pandai2 la tawar menawar
balik tu , pengsan kekenyangan
* * *
19 oct 2018
pagi ni breakfast asing2
aku just ambik depa kat hotel
bawak pi dataran sat , lepas tu kat jubli
sebab bas depa pukul 12 tengahari
byeeeee awak2
* * *
setel jadi tourist guide tak bergaji
tapi masalahnya gambar aku yang banyak
HAHA
;D