melakaaaaaaaa !
gitu caranya nak bagitau orang aku dah sampai sini
haha . over sangat kan
* * *
14 september 2018
bas aku pukul 10.45pm
bas ke melaka ada sikit ja . aku ambik pancaran matahari
dah memang terbiasa ambik bas ni
RM65 ke melaka sentral . ada pilihan lagi kalau nak murah sikit
so pandai2 hampa pilih okay
lepas balik kerja , terus siap2
mintak pikah hantarkan aku kat shahab
sebelum tu pi makan dulu , hujan lebat weh . terpaksa redah lepas makan
* * *
15 september 2018
aku sampai sana dalam pukul 8.30am
lama nauuu perjalanan
kawan aku dah ready tunggu kat sana
aku stay ibis hotel
sebab hotel lain yang aku nak dah full
okay la yang ni pon . tengah bandar . besar . cantik . bilik pon bersih
oleh sebab aku pi time public holiday
harga dia haruslah berganda2
kalau hari biasa , hotel2 area melaka ni taklah mahal sangat
kebanyakkan harga RM100 kebawah
tu pon dapat bilik selesa weh
so rancanglah perjalanan anda okay
siang tu tak banyak sangat aktiviti
meronda dalam bandar dia saja
malam tu dapat makan asam pedas
okay . aku mengaku . memang sedap weh
dalam kepala aku imagine nasi putih
pastu ramai2 makan lauk yang dihidang
tak lah
engkau pilih sorang satu asam pedas yang engkau nak
nanti dia bawak lah nasi putih . pastu dapat sorang satu asam pedas
selalu aku pernah makan ikan termenung aka kembung
rupanya banyak lagi
daging , ayam , tenggiri , pari
maigaddddd . jauh perjalanan luas pengalaman
peh . sedap nokk
pedas masam2 pekat2 kuah dia memang best
dah setelkan kenyangkan perut
kebetulan ada satu movie aku nak tengok sangat baru keluar
PREDATOR !
laju2 lahh mengadap cerita tu
lepas tu , balik tidur !
* * *
16 september 2018
hujan turun
kecewa jugaklah . tapi apa ada hal . redah saja
misi mencari breakfast
kebanyakkan kedai ramai sangat orang
singgahlah kami satu kedai ni
roti canai . dia suruh pilih nak kuah dhal ataupun asam pedas
sebab kuah dhal dah biasa sangat
aku pilihlah asam pedas . sedap jugak weh !
so hampa2 kena try
setel makan . jalan2 kat a famosa
still hujan
tak dapat nak lama2 kat situ
bangunan merah sepanjang jalan tu pon aku tak sempat bergambar
pantai kelebang pon sama . haha , aku teringin sangat yang ni
sebab nampak cantik gilaaaaa
takpa . maybe next time
sementara tunggu hujan berhenti , meronda dalam mall
dataran pahlawan kot nama dia
tak sure sangat weh sebab dia bersambung2 mall
lepas hujan . kami pi cari coconut shake
ni lagi satu sedap !
first time aku rasa . sebelum ni tak teringin pon
tapi yang ni ramai gila orang weh
nasib kawan aku baik hati nak beratur
satu lagi kuih keria melaka tu
serius ramai orang beratur . memang tak rajin lah aku
haha
dah dapat coconut shake
misi mencari mee bandung muar
rupanya muar taklah jauh sangat . dalam 40 minit camtu
sempadan dia terpisah dengan sungai
air biru beb . laut pernah la aku nampak biru
ni sungai jernih biru . maigaaaaaaaaad , teruja lagi
ahahahaha . pahal aku jadi macam ni
ni haa mee bandung muooooo !
aku dah tak ingat nama kedai dia weh
sorry sangat tau
tapi mee bandung dia padu !
aku nak ja lagi semangkuk . tapi segan lah pulak
sebab awal tu aku mengaku dah kenyang
haha . rugi ngekkk
okay takpa lah . maybe next time lagi datang cari sendiri
hahah . ayat pujuk hati
hujan pon dah berhenti , jalan2 bandar muar
malamnya pulak usha2 barang dekat jonker walk
sini kebanyakkan chinese food yang banyak
barang pon okay laa . macam night market suasana dia
dah penat satu hari berjalan
balik tidoq
* * *
17 september 2018
bangun awal . sebab dah masanya nak balik
malasnya nak balik
ada banyak lagi aku tak sempat merasa
maybe next time , hahahaaaa . ayat ni lagi . k mesti repeat
hujan lagi pagi ni
bas pukul 10.15am . nasiblah sampai sebelum hujan
maka pulanglah aku ke sarang
sampai alor setar dalam pukul 8pm
syaheed ambik aku
dapat lepak dengan dia sat
sebab dia nak pindah ke putrajaya dah
makin bertambah umur , masing2 dah bawak haluan masing2
entah bila boleh jumpa lagi
untuk kawan aku kat melaka tu
terima kasih banyak2 weh
jasamu dihargai . semua makanan hang bawak serius sedap2
kena selera aku . memang terbaik lah
nak tengok video boleh pi kat instagram - highlight story aku okay
bulan depan tak pi mana kot
duduk rumah sama
hahaha , boleh percaya ka
byeeeee
:P
0 komen:
Post a Comment