Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Wednesday, September 20, 2017

hati tebal


jumaat 
malam tu masing masing tak boleh tidoq 
aku dengan sorang kawan aku plan lepak air panas kat lenggong 
kebetulan kawan aku ni tak pernah pi lagi 

bermulalah perjalanan menyeramkan 
masa tu hujan , dua hari sebelum ni memang hujan non stop 
pukul 12 tengah malam kami gerak 

dah exit gurun , aku suruh kawan aku on waze 
kan dah tengah malam , memang tak ketahuan sikit jalan 
aku dah pernah pi banyak kali , tapi orang yang bawakkan 
mata dua dua segar lagi , rancak lah menyembang 
sampai satu simpang tu 
waze suruh terus , aku cakap lah kat kawan aku tu 
' aku rasa jalan yang aku pi sebelum ni belok kanan '
aku pon decide ikut waze ja , maybe lagi dekat kot 

mula mula okey lagi 
ada kereta sebiji dua , tapi lama lama lampu jalan dah takdak 
kereta lagilah , tak berselisih lansung 
masa tengah drive tu , tiba tiba aku brek mengejut 
sebab nampak macam motor kat depan 
tapi sebenarnya takdak apa pon 
aku senyap ja lah , kawan aku pon perasan , tapi masing2 tak mau tegur 
masa tu dah tak hujan , gelap gelita 
dah start mendaki bukit 
aku lansung tak pandang kiri kanan 
time tu nak dekat pukul 2 pagi 

tapi dari ekor mata , aku nampak kawasan lapang atas bukit 
haruslah aku bukak lagu kuat kuat sambil bernyanyi 
hahaha , kena berlagak cool sebab kawan aku ni cepat gelabah 
tapi dalam hati jangan cakap lah wey 
nak nangis , nak patah balik 

aku bawak pelan ja 
sampai lah satu tahap tiba tiba ada kabus tebal 
bukan sipi sipi dah nampak depan , memang tak nampak lansung 
lampu tinggi memang dah pasang dari tadi 
aku pon bersuara 
' emm , memang tak nampak depan dah ni '
kawan aku pon cakap 
' kita ikut line putih ni ja lah ' 
sampai kepala masing masing menjengul cermin depan 
tak dan nak ikut line putih , dah line putih tu makin lama makin pudar 
hahahaha 

masing masing diam ja 
aku bawak 40km/j ! gila slow , ahahah . memang tak nampak wey 
aku terpandang cermin pandang belakang 
eh dah kenapa cermin aku mengadap atas 
rasanya selama ni aku tak pernah sentuh cermin tu 
ahh , aku abaikan 
yang aku pikir sekarang harap harap berselisih dengan orang 

kabus dah makin kurang , jalan turun bukit pulak masa tu 
dah terpampang signboard KAWASAN KEMALANGAN 
hahah , sorang pon tak kata apa 
senyap sunyi , dengar lagu ja time tu 
radio aku rosak , nasib la memang pasang mp3 
ada hiburan jugak kalau ada kat tengah hutan macam ni 

slow2 aku bawak 
dah lepas area kawasan lapang , dah masuk dalam hutan 
kat situ aku dah rasa macam pernah lalu 
ada lampu jalan walaupun jarak jauh jauh sikit 
babi hutan bersepah lintas ikut suka dia ja 
finally sampai jugak destinasi 

masa nak balik , aku betulkan balik cermin pandang belakang aku 
terus lah nampak seat belakang 
aku tanya kawan aku 
' tadi ada ubah dak cermin ni ?'
dia cakap dak pon . pelik aku . aku abaikan lagi 
dalam hati aku cakap , jangan lah nak mengusik 

pukul 4 aku nak gerak balik sebab pagi nanti nak kerja 
aku pesan kat waze , kalau boleh takmau la ikut jalan tadi 
pastu nak tau apa jadi ? 

aku tanya kawan aku 
' dah set jalan alor setar ka '
kawan aku cakap , dah 
masa tengah bawak dalam 10 minit macam tu ,

' eh , ni jalan pi air panas tadi tu kan , pasepa kita patah balik pi sana '
dua kali kami ulang jalan sama 
dah set ke alor setar , tapi dia pusing2 masuk air panas tu jugak 

ah sudah , kita ikut signboard ja lah 
mengarut waze ni , ayat sedapkan hati , HAHAHA 
sepanjang perjalanan tu 
jalan tak menyeramkan sangat macam awal nak sampai tadi 
banyak lalu kat kampung orang 

balik tu aku drive sorang , kawan aku dah sedap tidoq 
sebab dah start hujan balik 
dalam dok pesan tuu , aku terpaksa gagah menahan mengantuk jugak lah 
pukul 6.30 pagi baru sampai 

ramai yang tak percaya kami dua orang perempuan pi sana sendiri 
aku pon tak percaya aku seberani tu 
siap ada yang offer , kalau nak pi lagi , ajak depa 

huhu , tapi alhamdulillah semua selamat 
sekadar mengusik manja ja tu 

:')





Tuesday, September 12, 2017

helo kawan baru

haluuu ! 

hitam dah muka aku 
berjemur sangat minggu lepas , mendapatlah kan 
trip kali ni pi langkawi lagi 
tapi kali ni dengan kawan2 baru , boleh dikatakan semuanya tak kenal 

* * * 

8 sept 2017 


berkumpul kat jeti kuala kedah 
pukul 7.30 pagi semua dah ada , feri pukul 8.00 
perjalanan dalam satu jam setengah 

sampai sana , cari makan dulu 

sementara tunggu nak check in apartment pukul 2.00 
 kami singgah mandi dekat air terjun temurun 


masa tu hujan lebat jugak , gigih tunggu hujan berhenti 
aku tak pernah sampai lagi kat sini , subhanallah cantik sangat 
tapi nasiblah masa tu takdak kepala air , esoknya baru dapat berita 
ada kepala air turun kat situ sampai ada orang terperangkap 


dah puas mandi 
baru check in apartment , rehat sat 
petang tu terus ke chenang jalan2 


makan2 dekat roof top 
masa tu pulak boleh stuck dalam lift 
tak boleh keluaq ! hahaha . jantung dup dap dup dap 
depa tekan2 bell mintak tolong 
last sekali ada technician mai bukak pintu lift 
hahaha 
macam apa punya pengalaman 

* * * 

9 sept 2017 

awal pagi dah bangun , breakfast 


pagi tu ada trip island hopping 
kali kedua aku jejak sana , naik dekat kuah 
happening sangat budak budak ni 


masa balik tu dah satu lagi kejadian 
sikit lagi nak sampai jeti , minyak boat tu pulak habis 
terdampar la kat tengah laut 
laut time tu memang bergelora sakan 
melambung lambung kami 
orang boat tu call kawan dia tolong hantarkan minyak 
hahaha . tunggu lah kami tengah2 laut tu 

balik dari island hopping , cadangnya nak ke telaga tujuh 
tapi hujan lebat , tunggu punya tunggu 
tak dak tanda nak berhenti 
aku ni kan , kalau nak pi telaga tujuh mesti tak kesampaian 
mesti hujan , haishh 

dah takdak pilihan 
terus ke chenang , mandi pantai 
cuaca panas , tapi ombak punyalah kuat 
kd sampai hilang tudung , ombak bawak lari . HAHAHAHA 
kami plan nak naik banana boat , tapi bila tengok ombak macam tu 
uiii , memang aku tak berani lah 


masa tengah mandi mandi tu 
depa plan birthday prank untuk kak ina 
memang bertepunglah dia kena 
dua kali pulak tu 
hahaha 


lepas balik tu , rehat sat . pastu gerak pi dataran lang 
celebrate birthday kak ina kat situ 



* * * 

10 sept 2017 

pagi ni bangun lambat sikit , semalam saja memang balik lambat 
bermalas malasan 
dengan semua tak mandi , lepas breakfast semua terjun kolam
aku malas nak terjun sama 
sakit2 badan mandi pantai semalam 

masa aku lepak2 tepi tu 
dah tak pasal pasal abang sado semua angkat campak aku dalam kolam 
jebon betul haa , hahaha 
dah la aku plan nak pakai tudung tu balik nanti 
dengan seluar tidurnya terus masuk kolam 
tengok haa gambar ni , dok paksa lagi nak selamkan aku 
haha . kuajaqqqq 


pukul 12 semua dah siap nak check out 
singgah lunch sat 
pastu shopping cokelat ! yeay 


feri pukul 4.30 petang 
dekat sana panas , dah sampai kuala kedah memang hujan lebat gila 

best trip ever ! dapat kawan baru yang gila2 super sporting 
love ! love ! love !


;D 




Tuesday, August 15, 2017

ketua kumpulan


tiap tiap kali cuti ada ja plan 
cuma harini mereput kat rumah sebab hujan 
nak buat simpanan sama 
kenot boros2 la wey 
nanti ada trippppp lagi . wehooo ! 

lastweek , minah ni merengek mintak dibawak berjalan 
dia jatuh motor haritu , mc panjang lah 
sebab kesian , bawak jugak makan2 bagai . haha 


aku pon taktau nak bawak pi mana 
bawak pi shopping sikit pastu lepak kuala perlis 
kelia ! 




;D 



Sunday, August 6, 2017

terjah


OMG 


aku sendiri pon taktau kewujudan tempat ni 
sampai lah dia viral
rupa rupanya sebelah rumah aku ja weh 
tak sampai 3 minit dah sampai . lol 


lepas dah jemu , pastu pi pantai murni 
tempat aku dating dulu dulu 
lama aih tak mai , 2 tahun lepas depa buat baru 
ni baru mai nak tengok apa yang baru 


lepas tu pi cari casing hp sat kat city plaza 
dari kecik mai sini 
haritu first time teringin nak bergambar atas ni . hahaha 
pon boleh ! 



;D


Monday, July 17, 2017

bulan 3


tengah buat design sekarang ni 
bukak folder2 kat laptop , jumpa satu album 
masa kenduri kakak mija haritu 


wan temankan aku pi kenduri 
lepas tu dia terus pi shoot pengantin dia 
tapi pasepa mija tinggi ni 
padahal sama tinggi kot . huhuhuhuuu

:') 




Monday, July 10, 2017

bakar membakar


cadangnya nak teman pojan belikan hadiah untuk
 husband dia kat aman central ja 
ntah macam mana , terplan nak buat bbq kat gua kelam 
roger kd , dia pon on 


pukul 10 dah siap gerak 
ni kali ke 2 aku pi setelah sekian lama tak jejak 
hari ahad , orang pon ramai jugak lah 


kd bawak ayam , aku bawak sosej2 , pojan bawak air 
nak hidupkan api pon terhegeh2 tak menyala 
bawak arang sikit , minyak gas pon takdak 
kebetulan ada budak jual jagung bakar , dia lah tolong sat 
upahnya , kami beli jagung bakar dia tambah duit raya 
kira kalau campak kami dalam hutan , boleh la hidup 

HAHAHA . choi sangat 

sekadar picnic ja . tak mandi2 pon 
sebab lepas tu nak ke padang besar pulak 

memang sangatlah enjoy bila lama tak berkumpul sama2 
ni pon tak cukup ahli 
syaheed dalam pantang , hanim ada kat sabah 
bulan depan pojan dah nak pom2 sorang lagi 
haa makin payah la nak hang out macam ni . tunggu anak besar2 lah pulak 



xoxo 


;D 


Monday, July 3, 2017

balik kampung !


tak sempat nak update cerita balik kampung haritu 
alor setar - kl - pahang - terengganu - alor setar 
puas hati berjalan 


lama dah tak balik rompin 
haritu balik masa pak ngah sakit , 2014 rasanya 
rompin sempadan dengan endau , johor 
dalam 5 minit dah sampai johor 
sehari ulang alik pahang johor tah berapa kali . hahah 

best balik kampung 
pergi memukat ikan , depan sikit dari rumah dah jumpa pantai 
pi sana naik lori . haha , gila best ! 


lepas dari kampung , terus ke terengganu 
tidur semalam kat besut 
cari keropok lekor , sata , sedapnya weh sata goreng ! 


insyallah , next time nak jejak lagi sini 
kita pi jelajah pulau pulak 

:D 



Friday, June 30, 2017

7 tahun dah


dulu kan aku kaki myspace , friendster , skype , ym 
haha . ni haa kawan aku dari myspace 
pastu beralih ke facebook , dulu2 rajin skype 

alhamdulillah , persahabatan kekal sampai sekarang 
orang lain pon ada jugak , tapi dia ni aku dapat jumpa depan2 
last haritu jumpa tahun lepas masa aku pi kl 


weh , tak sangka dohh 2010 - 2017 
perangai masih sama . GILA . hahahahaha 
hang jauh nun di johor sana sanggup mai kedah , 12 jam haa 
kematu pungkoq ngadap jem raya2 ni . haha 

dia mai masa aku kena kerja 
lepak kat kedai la jawabnya , tolong aku bersihkan kedai 
sorry weh . tak dapat nak layan betul2 
aku taktau la hang baca ka dak belog aku ni 
katanya dah lupa nama belog aku . katanya laaa 
tapi aku nak cakap jugak 
hang memang kawan terbaik aku masa susah senang 


ni hadiah birthday aku 2015 
memang sengaja pilih sama dengan hang ka , huhuhu 
tapi memang aku pakai tiap2 hari pon , aku kan suka benda2 camni 
hehe 


seorang kawan yang berjanji akan sentiasa ada dengan aku 
ya , memang dia buat apa yang dia janji 
walaupun kami jarang contact 

terima kasih weh 



:')



small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)