Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Wednesday, September 28, 2016

syaheed big days


majlis syaheed dah selesai 
meh aku cerita sepanjang 3 hari majlis tu 

* * *

15 sept 2016 KHAMIS - malam berinai 

aku kerja khamis tu 
petangnya anis sampai dari KL 
kami bersiap kat kedai saja lah , tutup kedai pon dah pukul 7 
janji dengan syaheed pukul 8 
temanya baju kedah berkain batik 
aku siap tempah lagi baju aku . haha . excited 

kd dah sampai sana 
semua ikut tema , memang sporting lah sedara mara dia 
so , aku kena inaikan dia 
ingatkan dah setel pengantin , selesai tugas aku 
tapi kena inaikan sedara mara dia semua 
dah la lukis inai pulak tu . haha 


haha . dah la ketaq tangan . takut tak menjadi 
selesai semua nak dekat pukul 12 jugak , baru balik 


dah lama tak pakai tudung bawal 
memang buruk lah kan , haha 

* * * 

16 sept 2016 JUMAAT - majlis nikah 

nikahnya pagi 
aku ambik cuti jumaat dengan sabtu 
senang sikit nak atur masa 
sementara tu , sebelum syaheed sampai 
nah ! aku berangan kat area masjid sat 


hahah 
dengan sekali lafaz , syaheed dah sah bergelar isteri 
tahniah ! bestnya woi ! 


lepas selesai kat masjid , semua beransur ansur lepak kat rumah dia 
ada majlis makan sikit 
yummeh ! 



* * * 

17 sept 2016 SABTU - majlis sanding 

nah sebelum keluar rumah . haha . perlu la ambil gambar dulu 


aku dah tau awal haritu nak kena makan satu khemah dengan YDP Agong 
aku sampai awal , aku duduk khemah biasa dulu 
siap makan nasi seround lagi . kahkah 
bila umum ketibaan YDP Agong , baru aku pindah khemah 
dah la kenyang dah , kena makan lagi sekali 
haha 

Dato Mukhriz dengan isteri beliau pon ada 
muka bersih sungguh , tak kenyang aku nengoknya . haha 
malas la nak tulis panjang panjang 
nah tengok gambar sudah 


ni bapaknya syaheed 


tahniah syaheed ! 
semoga jadi isteri yang solehah 
jaga suami baik baik , duduk sana elok elok 
sedih , takdak geng nak meronda dah kat alor setar ni 

:') 






Saturday, September 10, 2016

aku mendengar


minggu ni ramai pulak yang ada masalah 
wahai kawan kawan ku 
bertabah la 


kita takkan diuji kalau kita tidak mampu 
lain orang lain ujiannya 

kalau aku tak mampu tolong , aku boleh mendengar 
kalau yang tu boleh ringankan masalah orang 

insyallah 

:)



Sunday, September 4, 2016

punca ni






semalam pukul 4 pagi camtu aku terjaga 
biasa lah , tak boleh tidur balik , aku on facebook 
tiba tiba dia tegur , aku buat taktau ja . malas nak layan 
lama jugak aku tak reply , dia dah start tanya kenal ka dak 
aku pon pelik . eh , aku kenal ka 
bila dah dapat tau orangnya , dia call , aku reject call yang kat messenger tu 
sambil tu aku reply lambat lambat 
ada hati dah berjauhan dengan bini , nak mai jumpa aku 
ewwww , baik pi turun ipoh jumpa bini sendiri 

 haih la 

kenal memang kenal . dia muda dari aku 
masa study dulu , tah macam mana dia dapat number aku 
aku sendiri pon taktau . katanya kawan bagi 
setakat msg biasa biasa ja 
masa tu whatsapp tak wujud lagi . haha . tahun 2008 rasanya 
kalau jumpa pon masa nak pi kelas 
terserempak , hi hi bye bye 
penah dia ajak couple masa tu . tapi aku tak tertarik pon dengan dia 
haha . buat taktau ja lah 

aku tak respect lansung orang macam ni 
memanglah mula mula kawan , lepas tu , paham sendiri lah 
takmau lah aku kawan dengan laki orang 
biar single macam ni okey lagi 

jangan cari penyakit 
punca semua ni . hahahaha 




small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)