Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Friday, April 3, 2015

kiki lala


sebelum ni ada ja sekor kucing kat belakang rumah aku 
selalu mintak makan 
dia dah cam dah , kalau dengar bunyi pintu 
terus dia lari tunggu depan pintu . meow meow tak henti henti 
belagak sikit kucing ni . aku beli makanan kucing , sentuh pon dak 
dia tak makan . tak suka makanan yang segera ni 

dua hari lepas dia bawak anak dia 
baby lagi , jalan pon tak betul 
comey sangat kot , gebu ! 
nasib la dia tak beranak kat rumah aku 
mak dengan abah payah sikit , takut busuk rumah katanya 
nanti berak , sapa nak basuh . haha 

pujuk punya pujuk , abah bagi letak kat luar ja 
abah letak depa dalam kotak 
tapi , dua tiga harini ni asyik hujan petang 
kotak pon dah hancur kena hujan 
anak kucing tu pulak asyik jatuh longkang . dah dua kali jatuh 
akhirnya abah bagi bakul . letak tiga beranak dalam tu 
sebelah pintu dapur . tapi luar jugak lah . dalam pagar 
sebelum ni luar pagar , kalau hujan memang tempias 

tapi 
syarat tak boleh masuk dalam rumah tu berkuat kuasa lagi . haha 

nah tengok , comel kann 

;) 


0 komen:

small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)