Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Monday, October 13, 2014

pengorbanan


kelmarin masa berkebun dengan puan faizah kat luar 
ada sorang mamat bangla ni naik basikal 
belakang dia galas mesin rumput 
meronda cari rumah yang nak khidmat dia sebagai pemesin rumput 
dia pergi ke setiap rumah untuk bertanya 

bila aku tengok orang yang susah mencari rezeki 
teringat kat seorang makcik tua kat jalan ke rumah aku 
bajunya lusuh , berkain batik , beranak tudung 
gelap kulitnya 

tiap petang masa aku balik kerja 
dia mesti ada tepi jalan depan masjid 
pertama kali aku nampak , aku ingatkan orang gila 
sebab dia duduk atas jalan tak berlapikkan apa lansung 
aku nampak dia susun pelepah pokok kelapa yang dah tua 
esoknya pulak aku nampak dia 'raut' satu satu untuk nak jadikan penyapu lidi 
selepas seminggu , ditepinya penuh dengan penyapu lidi 
tanpa bekas , dia tanggung semua penyapu lidi tu untuk dijual 
bayangkan , dia dah tua , kena angkat semua tu sorang diri 
jauh dia berjalan 

satu hari , aku nampak dia bawak troli kecil 
maybe ada orang yang sedekahkan untuk kesenangan dia 
setiap hari dia akan ada kat depan masjid 
walaupun hujan , tanpa payung dia akan setia dengan penyapu lidinya 
mukanya tak pernah menunjukkan dirinya susah 
sentiasa tersenyum 

ya allah , bertapa cekalnya orang orang ini untuk hidup dibumi mu ya allah 
sedih bila aku fikirkan ada lagi yang susah 
mereka tidak meminta minta 
mereka gunakan segala kudrat yang ada untuk rezeki yang halal 

mereka ini buat aku rasa malu 
malu sebab aku banyak sangat merungut pasal hidup aku 


:'( 


0 komen:

small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)