Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Thursday, July 31, 2014

kisah raya aku



rasanya  tak terlambat lagi nak wish SELAMAT HARI RAYA ! 
walaupun harini dah hari raya yang keempat 
aku rasa raya kali ni lah paling kelam kabut 
haha . meh aku cerita satu persatu 

sebelum tu , thanks to my senget untuk brooch yang cantik lip lap lip lap ni 
tengok atas bahu tu , rasa macam mak datin lah . hehe 


* * *

-- dua malam sebelum raya -- 
aku dah start cuti raya 
malam tu keluar cari tudung , kat bazar memang sesak gila 
adik aku tinggalkan aku kat bazar tu 
dia pakai kereta aku , kereta dia ada kat workshop 
kebetulan aku memang malas nak drive malam malam dengan jem lagi 
sebab tu aku tumpang dia 

tah macam mana tak rancang , ery nak temankan aku 
kebetulan dia keluar lepak dengan geng dia 
dia pon senang hati nak temankan aku 
jalan redah orang , dapat jugak semua tudung 
agak dalam pukul 12 lebih , dengan hujannya 
ery hantar aku balik 

sebelum raya dah plan 
raya pertama dia beraya rumah aku 
raya kedua aku beraya rumah dia 
raya ketiga sebelum dia balik kl , kami nak beraya sama sama 
nak konvoi pi raya semua rumah kawan kawan katanya 
yalah , baju raya aku banyak kot 
semangat haa nak atur rumah nak beraya 
haha 

* * *

-- malam raya -- 
lastday puasa , nasiblah ramai jugak yang berniaga 
dapat jugak choc ice yang sedap tu . hee 
aktiviti biasa malam raya 
tengok budak budak main mercun bagai 

* * * 

-- hari raya pertama -- 
selalunya pagi raya satu family akan pi rumah tok sebelah mak 
tapi tok balik pahang , tok sebelah abah pulak dah meninggal 
dah macam tak dak hala tuju dah 
tapi pagi tu macam biasa satu family akan bersalam minta ampun 
aku ingatkan dah tak dapat duit raya . tapi dapat jugak 
adik aku yang bagi . har har har 

pagi tu puas ha berselfie 
kebetulan anis pon ada , beraya dengan family aku 
apa lagi , selagi tak habis battery selagi tu jangan stop 


agak tengahari  sikit family pakcik datang 
pon berselfie ramai ramai 
sporting habis kau . haha 


lepas tu gerak pi kubur arwah tok sebelah abah 
dekat dengan rumah paklang 
lepak situ tunggu semua sedara mara berkumpul ramai ramai 

petangnya ery cakap nak datang beraya 
selalu tiap tiap tahun dia mai sorang ja 
tapi tahun ni dia angkut satu geng KPSI dia 
ada dalam enam biji kereta rasanya 
dah la tak dak makanan sangat 
yang ada pon basic ja , nasi impit , ketupat , rendang 
cadangnya nak buat nasi tomato raya kedua nanti 
belasah ja lah apa yang ada 
penuh ha satu rumah aku , meriah sangat depa ni 
mak aku pon macam syoq ja . haha 


dalam dok melayan depa , tiba tiba ada call masuk dari pahang sana 
katanya pakngah aku tiba tiba rebah masuk icu 
hancur segala plan aku raya ni 
sedih , tapi nak buat macam mana , takdir 
kesian pakngah 

family sebelah mak aku semuanya beraya kat sana 
kecuali mak dengan makcik aku ja yang tak balik 
makcik aku call aku siap nangis nangis lagi 
malam tu jugak kami dua family gerak balik pahang 
pakngah pulak dari rompin dah kena transfer ke hospital kuantan 

* * *

-- hari raya kedua -- 
kami bertolak dalam pukul 10 malam 
sampai hospital kuantan dalam pukul 11 pagi camtu 


mem wassap aku , dia buat open house raya kedua tu 
malangnya aku tak dapat nak attend 


masa melawat dalam icu tu pakngah ada feedback sikit 
dah boleh dengar , tapi macam berkhayal 
lepas melawat pakngah , gerak ke kampung kat rompin 
dalam 2 jam jugak nak sampai 
aku dalam kereta kerjanya lena , lena , lena 
letih kot . haha 

malam tu check in , tinggal aku sorang sorang 
yang lain nak lepak kampung 
aku rasa tak sedap badan , nak tidur ja 

* * *

-- hari raya ketiga -- 
pagi tu family aku pi kubur tokwan 
dah lama tokwan meninggal , masa aku darjah lima tahun 1998 
tak sempat aku nak tengok tokwan masa akhir hayat dia 
tokwan stay kat a.setar , tapi bila nak meninggal 
dia nak balik tempat asalnya , pahang 
masa dalam perjalanan ke kampung , tokwan dah meninggal 
dah sampai depan pintu rumah , nasib baik sempat tengok 
tinggal nak tutup muka saja 
mungkin depa tunggu family aku sampai sebelum nak kebumikan tokwan 
rindu sangat 
aku lah cucu kesayangan tokwan 
nak pi mana mana mesti bawak aku 
mak dengan tok pernah kena marah dengan tokwan sebab aku 
bertapa sayangnya tokwan kat aku 
sebab dah bertahun tak balik , semua dah berubah 
jenuh jugak nak mencari kubur 
tapi alhamdulillah jumpa jugak kuburnya 


lepas checkout , semua lepak kat kampung rumah tok nek , moyang aku 
tunggu semua orang nak gerak ke kuantan
semuanya dah nak balik rumah masing masing 

nak tunggu semua bersiap memang lambat 
aku sempat lagi lepak kat pantai 
tg.gemuk namanya 
dekat ja dengan rumah tok nek aku ni 
depan rumah , lepas tu terus depan sikit , jumpa pantai 
dulu arwah tokwan aku rajin bawak aku kat pantai ni 
siap panjat panjat pokok lagi 
gambar pon ada , nanti aku cari kat rumah tok aku 


balik dari pantai , semua dah siap nak gerak
sampai kat hospital , pakngah dah keluar ke wad biasa 
dah boleh bercakap 
alhamdulillah 

semuanya dah selamat 
malam tu nak balik kedah ! yeay 

* * *

-- raya keempat --
sedar sedar pagi tadi aku dah sampai depan rumah 
malam tu dalam pukul 9 , aku satu family gerak balik kedah 
bila kereta bergerak ja , mata aku terus pejam . kroih kroih kroih 
haha 

kesimpulannya , raya aku kali ni banyak tidur 
baju raya aku banyak pasang tak terusik 
sebelum ni sakan aku bershopping 
macam nak raya sungguh sungguh 

sebenarnya tuhan tu nak bagi adil 
sebelum ni aku ingat beraya kat pahang 
tapi rupanya beraya kat kedah 
tengok tengok , kena balik pahang jugak 
sama adil kan 

takpa , janji semuanya dah selamat 
syukur 

:) 


0 komen:

small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)