Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Sunday, June 22, 2014

buah hati dan tok


harini saja aku tak bawak balik kerja kat rumah 
rasa nak rehat sat 

* * *

semalam senget tu balik sini 
dua manusia paling excited , aku dengan mama dia 

dah janji nak keluar semalam 
janji pukul 9 dah jadi pukul 11 
aku makan pagi tu ja , perut pulak sakit 
nasib baik adik aku kebetulan hantar makanan 
dah siap makan , aku tunggu lagi 
bila fikir balik . yalah kan , dia kena utamakan family dia 
balik dua bulan sekali 
kesian pulak 
tapi aku ni bukan jenis sabar sangat 
hampir hampir nak merajuk dah , haha 

malam tu jugak pukul 3 pagi aku terjaga 
sakit kepala sangat sangat 
kat rumah takdak ubat 
tahan , tahan , tahan , tahan 
ambik minyak , sapu kat dahi , tak jalan jugak , berdenyut denyut 
aku kejutkan tok aku 
mintak dia temankan aku cari ubat 
pukul 4 pagi aku cari 7e 
dalam tak sedar , tok aku tak sihat 
nafas dia bunyi bunyi , aku agak dia okey ja 
sebab sehari dua ni memang dia tak sihat , batuk selsema 
dah makan ubat , aku terlena 

pagi tu aku terjaga , tok dah tak larat sangat 
katanya tak boleh nafas 
dia cakap pon tersekat sekat 
dia dah call makcik aku , mintak tolong hantar ke hospital 
tenggelam timbul suara tok , yang dengar nafas lajunya 
aku bayangkan yang buruk buruk saja 
katanya dari dalam kereta masa aku beli ubat tu dia dah tak boleh nafas 
dia redha kalau meninggal masa tu jugak 

tapi tok tak cakap kat aku yang dia sesak nafas , dia diamkan saja 
mungkin sebab masa tu aku sakit kepala yang teramat sangat 
dia takmau menyusahkan aku 

ya allah , aku rasa bersalah sangat 
kalau aku tau , aku dah bawak tok ke hospital 
tak kisah dah dengan sakit kepala aku 

tok cakap maybe dia jadi macam ni sebab dia minum coke semalam 
tok dah tak sihat , minum pulak yang berais 
dia mintak aku rahsiakan , takut nanti orang marahkan dia 

pagi tu kat kedai , aku menangis puas puas 
sebab aku rasa bersalah sangat 
kalau aku tau tok sakit , 
aku takkan ajak dia pukul 4 pagi cari ubat aku 

mem sampai kedai 
aku ceritakan apa jadi semalam 
dia bagi aku ubat , sebab kepala aku still sakit lagi 
aku call tanya keadaan tok , alhamdulillah 
semuanya okey 
aku tak dapat bayangkan kalau apa apa jadi dekat tok 
dia sangat memahami aku 
semua benda aku share dengan dia 
aku sangat sayangkan dia 

* * * 

tadi si senget tu dah balik kl dah 
dah cibet ! dia kena tunaikan janji dia 
BULAN TUJUH katanya 
nah aku besarkan BULAN TUJUH tu bagi dia terang mata sikit 
haha 

tadi dalam kereta , amboi bergelak sakan 
aku sebok tunjuk kedai makan , dia sebok kira tahun berkenalan 
haha , tah apa apa 
nak romantik tak kena tempat 
kena pulak time lapar , tak jalan la hormon hormon cinta aku 
haha 

suka tengok dia gelak sebab aku 
nak pandang terus ke muka , rasa malu lah pulak 
aku curi curi pandang ja la 
rasa macam mana tah perasaan tu , bahagia 

haha , gatai ! 



0 komen:

small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)