Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Saturday, May 31, 2014

tak ketaq dah


haha . aku tak tau nak share dengan sapa  
takpa lah , aku tulis kat sini saja lah 
haha 

sebelum ni aku bawak kereta kat dalam taman ja 
harini adik aku balik cuti dari jb 
tadi dia temankan aku drive 
mak aku pesan -- bawak kot sini dulu laa 
abah aku pesan -- bagi cekap dulu main kaki 

aku anggukkan saja 

lesen aku dah lulus zaman 2011 lagi 
cuma aku tak berani 
haha , simpan lesen dah nak dekat empat tahun 
semuanya berubah bila abah aku belikan aku kereta 
sejak dua minggu lepas aku bawak dalam taman ni saja 

okey sambung balik 
dah masuk dalam kereta , adik aku suruh aku naik batas ban 
ketaq gila aku masa tu , dah la jalan sempit 
kiri kanan parit bendang 
aku terus ingatkan dia pasal pesan mak dengan abah tadi 
boleh dia jawab , 

-- alaa , buat jahat sikit , takpa 
bila nak cekap kalau bawak tempat tak dak orang -- 

haha , teruk adik aku ni 
aku pon fikir macam tu jugak , tapi bila aku bersuara nanti 
aku tau dah apa abah aku nak cakap 
sebab tu aku malas nak kata apa 
haha 

tadi aku bawak ke pokok sena 
haa , jauh betul . tapi alhamdulillah , tak ketaq lansung 
tak lama lagi bolehlah pi kerja naik kereta 
tak payah nak basah dalam hujan lagi 


;) 


0 komen:

small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)