Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Saturday, May 10, 2014

rambut dan serik


tadi pi salon , nasib la aku pi awal sikit 
ramai pulak orang harini 
duduk nak dekat 5 jam , kebas habih semua 
aku paling tak suka pi situ sebab aunty tu suka selidik macam macam 
kalau tak cakap betul , dia takmau buat rambut 
haha . pelik kan 
tapi dia buat memang puas hati sangat sangat 
garang garang pon , tetap cari dia . haha 

* * * 

tempahan beads memang tak menang tangan sekarang 
banyak pasang aku nak kena buat 
alhamdulillah rezeki 

tapi ada cerita tak best 
pojan ada ambik tempahan baju maxi , memang dapat sambutan 
kiranya macam pre-order . kena bayar deposit 
pojan beli kain , mem jahit baju dan aku jahit beads 

nak dijadikan cerita 
ada sorang customer ni , setiap masa tanya pojan pasal baju dia 
nak tau berapa peratus siap , nak tengok gambaq lagi 
pojan dah inform kat customer dia , baju siap dalam 3 minggu 
yalah , sebab ambik ukuran cust sendiri , bukan yang ready made 

sorang hamba allah ni dah la nak murah 
pojan pon okey kan la , bagi diskaun sikit 
lepas tu dia takmau bayar deposit , katanya nak bayar full nanti 
pojan pon okey lagi , special untuk dia seorang 
si cust ni nak tengok semua proses baju tu 
siap tangkap gambaq lagi send kat dia masa baju tu tengah jahit 
adoi , memang cerewet gila 
orang lain yang bayar deposit semua tak kacau , dia sorang ja lebih lebih 

tapiiiiiiiii 

bila baju dah siap , dia cakap tak berkenan 
haa . ni yang nak angin ni 
dah la tak bayar apa pon lagi , banyak songeh pulak 
last last dia takmau ambik , dia suruh buat macam lain pulak 
dah la baju tu ukuran badan dia 
haih , sabaq ja lah 

kesian kat pojan lah , si cust tu nak warna kuning 
pojan tu curi masa kerja dia pi cari warna yang dia nak 
semua tu pakai duit , minyak , masa terbuang camtu ja 
memang serik dapat cust macam ni 

tapi nak berniaga lama 
terpaksa la telan 
jangan la kita buat macam tu kat orang 
kesian orang yang berniaga ni 
pesanan untuk aku jugak 



0 komen:

small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)