Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Friday, April 25, 2014

hak


hak orang kita kena bagi 
sempit macam mana pon , kalau kita tak bagi hak orang 
memang hidup tak kan senang 

dah terbukti 

peringatan untuk aku sama 



Tuesday, April 22, 2014

dah selamat


selepas 10 minit aku update entry semalam 
abah dapat call , katanya tok dah tak dak 

inalillahiwainnalillahirajiun 

jenazah tok dibawa pulang ke rumah paklang aku 
apa aku nampak , tok seolah olah tidur dengan tenang 
mukanya tersenyum 

alhamdulillah 
proses pengkebumian berjalan lancar 



Monday, April 21, 2014

permudahkanlah


semua berlaku dengan tiba tiba 
tak terjangka lansung 
mak bagitau tok sebelah abah dah kritikal 
katanya ada ketumbuhan dekat buah pinggang 
malam tu jugak buat pembedahan dan pembedahan berjaya 
tapi , usus pecah . kuman dah merebak 

sekarang tok dah tak sedarkan diri 
doc cakap taktau tok boleh atau tidak melalui malam ini 
ya allah , sayunya aku rasa 

petang tadi aku ke hospital 
pertama kali aku jejak kaki dalam icu 
tersentak hati aku dengar bacaan yassin tanpa henti 
mungkin pihak hospital pasang bacaan yassin tu 24 jam tanpa henti 
sayup sayup suara bacaan 
ada bau wangi tapi aku tak pasti sangat sebab bau tu sat saja 
maybe bau perfume pelawat 
aku masuk situ dengan sepupu aku 
ada deretan katil , kalau tak salah aku ada 6 katil 
ada yang baca yassin , ada yang melawat 

mata tok terbuka , tapi tak berkelip lansung 
sebaknya aku tengok tok 
hanya bergantung dengan mesin pernafasan 

aku baru sampai rumah , terus aku update entry ni 
sekarang 8.00 malam 
abah dapat panggilan tok dah semakin lemah 
semua dah bersiap nak ke hospital lagi 

ya allah , permudahkan lah jalannya 



Thursday, April 17, 2014

punch bag


kenapa lelaki suka tunjuk kuasa 
aku tak salahkan semua lelaki , tapi sesetengahnya tu yang buat aku geram 
janganlah buat perempuan macam punch bag 

ya tau , dia dah jadi hak awak 
tapi perempuan bukan lawan awak 
kalau nak beradu kekuatan pon , cari yang sama kuat 
setakat pukul perempuan , apalah sangat perempuan nak balas 
menangis ja yang mampu 
dan awak rasa puas bila dah lepas kemarahan macam tu ?

awak memang pondan 

awak sedar dak 
bila awak dah start naik tangan , awak akan buat lagi 
benda ni akan jadi kebiasaan 
awak dah tak kisah , sebab awak dah pernah buat 
dan macam biasa , si dia akan maafkan awak 

awak , 
awak memang tolol 

mungkin awak dalam keadaan tak sedar 
yalah , bila marah syaitan akan menghasut 
kalau awak jenis baran , masa marah tu ingatlah kebaikan si isteri 
takkan selama hidup sebumbung tak dak satu pon kebaikkan dia pernah buat 
tipu sangat lah kan 
tenangkan diri awak , ingat yang dia tu amanah untuk awak 

bila dah diijabkabul , semua tanggungjawab terletak di bahu awak 
awak pon dah sedia maklum 
awak lah pelindung si isteri , pendidik si isteri 
tapi kalau awak pon tak boleh diharap 
kenapa berkahwin ? sebab nafsu kah ?

jangan , jangan , jangan , jangan 
lima kali aku ulang , jangan aniaya perempuan 

* * *

sedih bila aku dengar kisah dia 
campur tangan pihak ketiga buat keadaan lagi parah 
aku rasa buat masa ni komunikasi paling penting 
duduk berdua dan berbincang tanpa ada orang ketiga 

maybe boleh pergi bercuti berdua 
tempat yang jauh dari manusia , tenangkan jiwa 
masa tu baru boleh berbincang tanpa ada tekanan dari mana mana pihak 

insyallah , niat yang baik 
allah swt akan tolong 




small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)