Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Wednesday, October 16, 2013

spaghetti carbonara, chef nurul


semalam gigih mencari bahan bahan nak memasak 
ajak si senget aku yang sorang tu temankan cari barang 
harini raya kedua baru buat , semalam mak aku buat mi sup dah 
so , jadilah plan harini nak buat spaghetti carbonara 

 kalau ada sesapa nak try buat , sila sila kan 
ni kat bawah ni aku bagi resepi 
sedap nyum nyum . haha 

* * * 


SPAGHETTI CARBONARA ( hidangan untuk 3-4 orang )

bahan bahan 
1/2 paket spaghetti 
1 botol sos carbonara 
2 ulas bawang putih - dicincang 
cendawan butang - dipotong nipis 
loaf ayam / ayam kisar / daging kisar / udang dll 
minyak masak / majerin 
1/4 cawan air 
garam 
lada hitam - ditumbuk 
parmesan cheese 

cara cara sediakan spaghetti 
air nak rebus tu dicampur secubit garam untuk perasa 
rebus spaghetti hingga lembut 
lepas dah lembut toskan spaghetti tu 
gaulkan dengan sedikit majerin 
tujuannya sebab takmau spaghetti tu melekat lekat 
kalau tadak majerin pon takpa 
boleh guna minyak masak / olive oil 

cara cara sediakan sos 
panaskan minyak , api pelan saja tau 
tumis bawang putih sampai naik bau 
masukkan loaf ayam 
kalau sesapa tadak loaf ayam , boleh guna ayam kisar 
sosej pon boleh , atau apa apa ja yang berkaitan 
tak payah tunggu lama , masukkan ja cendawan butang 
lepas tu masukkan sos carbonara dengan 1/4 air 
sebab takmau pekat sangat 
agak lama sikit , masukkan secubit garam 
tunggu sampai mendidih 

agak nak makan tu ambik sos , gaulkan dengan spaghetti 
tabur parmesan cheese dengan lada hitam 
nak nampak menarik sikit , letak tomato cherry 

yeay . sedia dimakan ! 



0 komen:


small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)