Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Wednesday, September 25, 2013

kita tak sama


suka buat perangai macam tu tau 
dah la aku tak mandi lagi , demam lagi 
tiba tiba msg masuk kata dah ada depan rumah 
rambut dah la macam bapak singa 
dengan muka ketat aku masuk dalam kereta 
konon marah pasal kes semalam 

dia letak tangan kat dahi nak check panas . . . aku tepis laju laju ! 
dia nak bagi bekal dia . . . aku geleng 
apa lagi , dia start kereta , jom cari makan 

tapi tak lama 
tak sempat nak keluar lorong rumah aku , aku dah tahan gelak 
apa la dia ni . suka sangat buat lawak 
nasib baik deria tahan gelak aku ni boleh tahan lagi 
tak reti betul aku nak marah bila depan dia 
sungguh ! 

tak habis kat situ 
aku boleh sambung lagi perasaan tak puas hati tu 

dia tanya aku nak makan apa . . . diam 
nak makan kat situ ka * tunjuk * . . . diam 
nak makan roti canai dak . . . diam 
kita cari bubur naa . . . diam 
kita pi cari bubur kat kfc naa . . . diam 

sampai kat kfc 
dia ambik kain , lindung aku dari staff kfc 
punca ? sebab aku tak mandi 
hahahahaha . marah aku tadi tertinggal kat kfc 
lepas tu tak jadi aku nak marah 
tapi tak boleh marah lama lama 
teringat perangai macam ni buat aku rindu 
malam tu dia hantar bubur lagi 

* * *

dari awal aku kenal dia sampai sekarang 
dia suka susahkan diri dia untuk aku 
yang tu salah satu perangai dia yang tak pernah berubah 
suka susahkan diri sendiri 

maybe orang yang benci dia 
yang selalu kata dia macam macam tak pernah nampak kebaikkan dia 
aku tak sanjung dia 
tapi bagi aku , dia dah banyak berkorban untuk aku 
maybe ada orang cakap dia dah biasa buat macam tu 
aku dah kenal ramai orang , tadak sorang pon buat macam dia buat 
rumah dia dengan rumah aku bukannya dekat 
aku tak harap pertolongan orang 
aku cuma nak tengok kesungguhan orang tu 

ya , aku pon pernah ada macam macam krisis dengan dia dulu 
entah , yang lepas tu lepas lah 
buat apa aku nak penuhkan rasa benci dalam diri aku 
sedangkan aku boleh penuhkan dengan rasa sayang 
membazir ja kan 
sebab kita hidup tak lama mana la 
aku nak nikmati hidup aku dengan rasa happy 
bukan dendam 

memang aku pernah tulis macam macam sebelum ni
tapi aku tak pernah baca balik entry aku yang lepas lepas 
bagi aku semua tu luahan rasa pada waktu tu 
rasa marah , rasa happy , rasa geram , rasa sedih 
masa tu emosi menguasai diri 
sebab tu aku simpan sebagai kenangan 
orang takkan faham 
aku bukan nak fahamkan orang , aku nak kepuasan dalam diri aku 
sebab hidup kita tak sama 
dan cara kita coretkan hidup kita tak sama 

sungguh , kita memang tak sama 

biarlah apa orang nak kata apa 
aku rasa masa akan mematangkan kita 
cuma kena sabar 
allah suka orang yang sabar 
aku berusaha nak jadi seorang yang sabar 
walaupun kadang kadang aku tersasar jugak 

:) 


0 komen:

small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)