Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Friday, September 14, 2012

seram dan sejuk aircond tanpa selimut


kelmarin dapat call dari mak 
mak suruh aku temankan tok dekat hospital 
petang tu hujan memang lebat sangat 
tiada pilihan , motor terpaksa tinggal dekat office 
dengan rela hati , ery offer diri nak tolong hantar balik rumah 
nasiblah kelmarin dia cuti 
aku dah selalu sangat susahkan dia . huhu 
maaf sayang 

bila sampai rumah , terus siap siap ke hospital 
masa dekat hospital tu memang betul betul sunyi 
dalam wad tu ada dua katil saja 
katil sebelah memang kosong 
dia punya pintu balkoni memang tada langsir 
open camtu saja . pheww . mencabar bila tengah malam 

malam tu berjalan dengan lancar 
aku tidur atas kerusi yang digabung . asal boleh saja 
sebelum pukul 12 , aku dah tidur . letih sangat 
nak dekat pukul 1 , tiba tiba aku terkejut bangun 
aku dengar ada suara macam tersekat sekat 
tok mengigau , suara tok ta keluar butir perkataan 
bunyi macam suara terlekat dekat kerongkong . memang kuat 
aku kejutkan tok , banyak kali jugak . tapi tok ta sedar 
aku tepuk tepuk lengan tok 
bila dah stop bunyi , tok cakap dia mimpi bermain dengan ular 
aku dapat agak tok ta sedar sepenuhnya 
sebab dia bercakap dengan mata tertutup rapat 

serius aku takut masa tu 
aku call ery , konon ada peneman 
tapi malangnya lelaki itu memang tidur mati ta sedaq apa 
mula la aku nak fikir macam macam . mata dah meliar tengok sana sini 
dalam kepala malam jumaat , malam jumaat , malam jumaat 
aku tenangkan hati , cuba nak update status dalam fb
dengan harapan mana tau nanti ada jugak nak teman aku 
tapi bila nak update , semua error 
haish . sebelum aku tidur tadi kemain laju ja aku berfb
saat saat genting camni tiba tiba semua error 
aku cuba positif . aku pejam mata cuba tidur 
perut yang memulas memang buat ta heran dah 
bertuah sungguh kalau aku dengan senang hati nak pi toilet 
dah la toilet luas , cermin pon besar sangat 
memang dak lah kann nak pi sorang sorang . huhu 
aku tutup satu badan dengan shawl aku dan terus terlena 
malam tu setiap jam aku terjaga 

bangun pagi , ery call ajak breakfast 
orang tu cukup tidur , haruslah muka berseri seri 
weks , sayang ! b perli sayang . mohon terasa . haha 
aku dengan ta cukup tidur , ta mandi pulak tu , relax ja keluar pi merata 
jangan ditiru aksi sebegini 

aku tanya tok pasal kisah semalam 
tok cakap dia ta sedar pon aku kejutkan dia 
huhuhu 

di bawah , dialog seorang nenek dengan cucunya 

aku : tok mimpi ulaq apa semalam 
tok : ish , tatau . ta ingat 
aku : orang selalu kata mimpi ulaq ada orang nak masuk meminang 
tok : hahahaha . ada orang nak meminang tok ka 
aku : hahahaha . mana nak tau 
tok : tok mimpi bagi pihak cucu kot
* aku  tunduk malu * 
hahaha . okey . kelakuan atas ni memang gatai  

sekarang musim hujan 
duduk dalam aircond , memang boleh buat aku sejuk menggedik 

ini dalam wad tersebut 

ini tok kesayangan . semoga cepat sembuh 


tok memang sporting 
masa ni nak balik , mata tok ta boleh kena cahaya yang melebih lebih 
akibat pembedahan semalam 
tok mintak nak pakai rayban , aku bagi aku punya rayban 
hahaha . ta sesuai lansung . nampak gaya orang muda 
last sekali , mak bagi mak punya rayban 
keadaan pon terkawal 

:P 


0 komen:

small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)