Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Sunday, November 6, 2011

awak awak

awak

awak ingat ta lagi macam mana kita kenal

dan macam mana kita sekarang

saya selalu teringat dan kenang balik



* * *



. MAC .

first time nampak awak tengah breakfast dengan mama awak

masa tu awak balik hujung minggu

saya datang interview dengan mama awak

esoknya saya masuk kerja

kita ta banyak cakap

awak yang mulakan dulu tanya itu dan ini

Saya pernah tanya awak pasal blog

ingat dak dulu

sebenarnya saya tau semuanya tapi saja cari point nak sembang

kita jumpa bila awak balik kedah saja


. APRIL .

awak balik kedah lagi

dan awak selalu lepak kedai mama awak

saya senang tengok awak

satu hari tu awak nak buad balik sijil spm awak yang hilang

mama awak tada kredit dan dia guna phone awak call saya

awak saja tanya macam macam bila dah dapat number saya

malam tu awak mula msg saya

saya pakai maxis dan awak celcom

sanggup berhabis

sebab awak saya tukar pakai celcom

kita dah mula rapat

26 april 2011 awak minta couple

Saya dah mula sayang awak


. MEI .

kita bahagia sangat

first time kita dating atas moto dari alor star ke yan

first time awak pegang tangan saya

dalam perjalanan tu awak tunjuk lembu jogging

macam macam awak merepek

awak ingat dak awak cakap ada kubu jepun kat ruma saya

tapi saya kata tu tempat bini pesawah lepak

awak gelak kann saya

masa tu lansung tada masalah

kita ta pernah nak gaduh

kalau saya merajuk awak belikan saya cool blog

awak kerap balik jumpa saya

saya rasa disayangi sangat


. JUN .

awak mula cuti sem

dan awak stay kat kedah

saya rasa happy sangat dapat dekat dengan awak

awak buadkan cool blog ciptaan awak

ice blended milo campur oreo

mama awak tatau awak yang buadkan minuman tu

mama awak ada tanya saya apa yang saya minum sebab

ice blended tu nampak macam ta berapa nak jadi

tapi saya hargai sangat sangat

sebab awak berusaha buadkan untuk saya

pagi tu saya pi kerja

awak belikan saya bunga ros merah

saya terharu sangat sebab ta pernah lagi lelaki hadiahkan saya bunga

masa saya stay kat rumah anis

bila hari cuti awak datang ambek saya pagi pagi

kita maen badminton kat taman rimba

awak suka buli saya lari sana sini

tiap tiap pagi kita akan sarapan sama sama

awak cakap sebulan awak cuti awak nak bela saya sampai gemuk

saya pernah tada duet lansung

awak bawakan makanan kat saya

saya terharu sangat

saya ingat lagi nasi dengan sup ayam

masa kita sarapan awak patahkan number maxis saya

alasan awak number tu dah ta penting

sebab saya dah ada awak

saya terima apa yang awak buad

bila free haritu kita spend time sesama kat lenggong

masa tu saya dengar hanim tanya awak

awak saya sayang saya dak

dan awak mengaku depan dia yang awak sayang saya sangat sangat

masa tu baju saya jarang bila basah

awak jaga saya betul betul

awak selimutkan saya dengan tuala

saya rasa saya la paling bahagia bila awak dengan saya

tapi bila dah nak hujung bulan

saya dapat tau yang awak ada gf kat kl

hancurnya hati saya masa tu

saya ponteng kerja

saya menangis kat rumah

saya jumpa awak kat rumah toksu minta awak explain

saya ta sanggup nak tengok awak

saya ingat awak ikhlas tapi awak sembunyi status awak

awak dah tiga tahun dengan perempuan tu

saya rasa dipermainkan

esoknya saya datang kerja

awak cuba pujuk saya

awak lepak opis hanim dan buad kad untuk saya

awak kata awak anggap saya macam wife awak

awak minta maaf sungguh sungguh


. JULAI .

awak dah berjaya pujuk saya

awak suruh saya sabar

suruh saya tunggu bulan 11 dan balik kedah terus bila habis study

dan tinggalkan perempuan tu kat sana

saya sayangkan awak sangat sangat

saya cuba terima apa yang awak janji

awak dapat buad praktikal kat kl

saya makin yakin dengan awak bila awak balik jumpa saya

banyak tempat kita holiday

saya mula percaya dengan janji awak

masa ni kita dah mula gaduh sikit sikit sebab perempuan tu

yalaa , hati mana ta cemburu


. OGOS .

masa first day puasa

kita webcam

kita buka puasa sama sama dalam skype walaupun kita jauh

saya rasa dekat sangat dengan awak

budak lelaki dalam fb saya habis awak delete

kawan kelas saya pon awak delete

alasan awak sama saja

saya dah ada awak dan saya ta perlukan mereka tu

saya terima saja apa yang awak buad

sebab saya nak jaga hubungan kita

awak nak saya deactive tiga acc fb saya yang lain

saya ikut apa saja kemahuan awak sebab saya sayang awak

pertengahan puasa awak balik shopping raya dengan saya

kawan awak cakap depa dah bosan dengar awak bercerita

nak balik shopping dengan saya

depa kata awak excited sangat tiap tiap hari bercerita

depa pon yakinkan saya yang awak sayang saya

tapi kita mula gaduh gaduh sebab perempuan tu lagi

awak pujuk saya dan saya sabar


. SEPTEMBER .

dua hari nak raya kita shopping lagi

awak cari kann mana mana keperluan saya yang ta cukup

walaupun awak berebut masa dengan family awak

awak tetap nak temankan saya

hari raya pertama awak datang rumah saya

kita sedondon warna biru walaupun kita ta rancang

hari raya kedua saya beraya rumah awak

dan hari raya ketiga kita bergaduh teruk

kita putuskan hubungan kita sebab salah faham

saya sedih sangat

awak lansung ta layan msg saya

malam tu saya dapat pujuk awak balik

kita wat photoshoot sesama sebelum awak balik kl

lepas tu kita selalu bergaduh

awak pernah halau saya dari kedai mama awak

dah banyak kali awak cakap macam tu

dan paling kritikal bila mama awak dapat tau perempuan tu dengan awak

dia marah perempuan tu depan saya

satu hari saya terpaksa berdepan dengan mama awak yang tengah mengamuk

bila mama awak halang perempuan tu dengan awak

perempuan tu letak nama saya sebagai gf awak

bila mama awak nak call awak nak marah marah awak

saya halang mama awak . saya cuba pertahankan awak

tapi saya yang kena marah

saya ingat lagi ayat mama awak

‘ awat . sayang sangat kat dia kaa ‘

lepas kes tu dah slow

saya dengan awak dah selalu sangat bergaduh

hujung bulan tu saya dah ta tahan dengan awak

saya berhenti kerja dengan mama awak

sejak sejak saya berhenti

mama awak lansung ta pernah nak layan saya

padahal sebelum tu mama awak baek sangat dengan saya

saya pon tatau apa sebab mama awak buad saya macam ni


. OKTOBER .

bulan ni penuh dengan kesedihan

saya sayang mama awak

saya cuba merayu kat mama awak

macam macam msg saya hantar ta direply call pon ta diangkat

sedih sangat masa tu

kerja hilang dan awak pon dah tada dengan saya

saya down sangat sangat

kawan kawan saya yang banyak bagi support

saya hilang selera makan

saya jadi teramat kurus tada tenaga

bila saya sorang sorang kat rumah tiap tiap hari saya menangis

saya asyik tanya diri saya sendiri

kenapa tuhan uji saya macam ni

awak datang balik dan kita berbaik

awak pujuk saya dan suruh saya sabar

tapi tiap tiap minggu jugak kita gaduh

semua sebab perempuan tu

21 oktober saya pergi kl jumpa awak

Kita holiday sama sama dengan member

saya ingat kita dah okey

tapi mama awak dapat tau awak menipu pasal holiday tu

awak cakap awak teruk kena marah

dan keluar cerita buruk pasal saya

bila saya nak undur diri

awak pujuk saya . awak bagi sokongan kat saya

saya set dalam mind saya bulan 11 dah nak dekat

saya suruh diri saya tunggu awak

nanti saya dah bule dekat dengan awak

kita ta kann gaduh gaduh lagi

dan perempuan tu akan hilang


. NOVEMBER .

awal bulan saya start keja

tapi saya terkilan dengan awak bila awak cakap awak nak stay sana lagi

sampai hujung bulan 11

awak tau dak bertapa susahnya saya nak pujuk hati saya

saya dah mula give up

dan saya mula menyesal sebab tunggu awak

tapi hanim nasihatkan saya

kalau saya bule sabar berbulan bulan lamanya

ta kann sampai habis bulan 11 saya ta bule sabar

dan saya terima nasihat dia

saya tunggu awak balik raya haji

tiap tiap hari saya tanya awak bila awak nak balik

awak tau dak saya rindukan awak sangat sangat

4 haribulan awak dah sampai kedah

tapi awak diamkan diri tada berita

saya menangis satu hari

saya call banyak kali satu pon awak ta angkat

rasa sayang saya hilang macam tu saja

saya rasa betul betul dipermainkan

saya benci awak sangat

dan saya buad keputusan kita putus

saya jumpa awak dan saya bagi balik

barang barang yang pernah awak hadiahkan kat saya

saya lansung ta tengok muka awak

masa saya balik saya harap sangat awak halang saya

saya harap sangat awak ikut saya

tapi harapan ja macam tu

awak lansung ta kata apa

saya sedih sangat

macam ni ka orang yang saya sayang selama ni

orang yang saya tunggu selama ni

sampai sekarang saya rasa menyesal sangat

selama ni saya pujuk hati saya

saya cuba abaikan perempuan tu

hati perempuan mana yang boleh sabar macam ni

tapi saya buad buad bule terima

kenyataannya tiap malam saya fikir saya nanges sorang diri



* * *



awak cakap awak ta kan kawen dan

jangan harap saya pon akan kawen jugak

sampai sekarang awak diamkan diri

semalam bila tengok tv dengan family saya

adek saya cakap kuat kuat

‘ eh along ! orang kat tv tu macam abang kerry laa ‘

sebaknya hati saya tuhan ja taw

saya tau kita memang ta kan bersama lagi

family awak dah salah faham pasal saya

saya dah penat nak pertahan kan sorang sorang

dan mesti family awak akan anggap saya jahat dan awak saja yang betul

saya hormat mama awak

dan saya tau awak ta kann berani kata apa

bila seluruh family awak masuk campur dalam hubungan kita

saya rasa saya terainaya

saya tatau apa yang awak cerita kat family awak

dan saya tamau ambik tau

saya selalu cakap dekat hanim

kalau boleh saya tamau tau kebenaran sebab

kebenaran selalu menyakitkan saya

saya rela ditipu seumur hidup tanpa pengetahuan saya

sebab tu bila awak msg saya suruh saya menipu mama awak

saya ta pernah tanya apa yang awak dah cerita sampai suruh saya menipu


awak

saya lepaskan awak




* psst ! tuhan sentiasa ada bagi pihak yang benar


:’ (



2 komen:

Si Manis Butterfly said...

Assalaammulaikum..hi awk..
dalam nyk2 entry yg sy bace kt blog awk,sy paling suke entry ni...

nuown said...

waalaikumussalam .
ouh tengs , entry ni tulis dari hati . huhuhu

small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)